Saturday, 5 March 2011

GERAKAN MISI BERMULA- LETS DO HOUSE CLEANING!!!!

SALAM 1MALAYSIA DAN SALAM PERJUANGAN.

Artikel Tea Boy atau Trojan Horse UMB PBB amat tinggi jumlah pembacanya.Tea Boy ini telah menendang Batang Bertindik ke tempat kedua dalam masa sehari sahaja. Maka dengan ini SEBANAKU2U AKAN MELANCARKAN GERAKAN MENCARI DAN MENDEDAH IDENTITI DAN JUGA GAMBAR SEBENAR TEA BOY AKA TROJAN HORSE INI. Bagi sesiapa yang ada maklumat sila kongsikan bersama Sebanaku2u di dalam fb atau blog.

http://sebanaku2u.blogspot.com/2011/03/blog-umb-pbb-penipu.html

Thursday, 3 March 2011

PPKS - ADA BERITA BAIK UNTUK 8 PELAJAR

Sebelum ini Sebanaku2u mengeluarkan artikel mengenai 8 orang pelajar PPKS (ICATS) yang gagal mendapatkan pinjaman melalui Yayasan Sarawak.
http://sebanaku2u.blogspot.com/2011/02/8-pelajar-ditindas-ppks-icats-dan.html

Sehubungan dengan itu email Sebanaku2u melimpah limpah dengan email. Bermacam macam persoalan yang timbul. Sehingga ada so called PA pihak pembangkang yang email bertanyakan butir butir 8 orang pelajar tersebut.

ADA BERITA BAIK UNTUK 8 PELAJAR YANG TERLIBAT dari PPKS!!!!! Terima kasih Sebanaku2u Ucapkan kepada PPKS untuk respond yang cepat dan juga penjelasan di mana agak jelas dan berkesan bagi pihak Sebabanaku2u. Namun atas sebab sebab yang tertentu dan persetujuan dari pihak PPKS dan juga Sebanaku2u, cadangan dan penjelasan tidak akan di siarkan dalam blog Sebanaku2u. Nanti diambik kesempatan pula oleh pihak pembangkang. Timbul pula futnah nanti.

Dan kepada 8 pelajar yang dimaksudkan di dalam artikel ini booleh menghubungi En Wan Ishak Wan Adenan bagi mendengar penjelasan dan juga penyelesaian bagi isu yang timbul. Sebanaku2u amat beterima kasih atas keprihatinan PPKS akan isu ini. Terima kasih juga dengan pegawai PPKS, Mohd Isham Fauzi. Registrar/ Training & Vocational Technical Manager yang berurusan dengan pihak Sebanaku2u bagi menangani isu ini.

Maklumat dalam Radio Free Sarawak dan Sarawak Report direka oleh ahli PKR sendiri?

http://www.theborneopost.com/?p=98497
“Kami beroperasi dari London dan tidak pernah mengupah sesiapapun menjadi pemberita Melaka. Wanita yang didakwa merupakan wartawan RFS yang berpengkalan di Melaka itu adalah tidak benar. Beliau sekadar penyumbang bahan berita sahaja ,” katanya.




Batang Buruk Bau Lesin
Itulah salah satu kenyataan Raja Siflis Sarawak ketika beliau menghubungi Borneo Post. Rupa rupanya maklumat pendapatan sebulan Raja Siflis kita dan juga Lester Melanyi bukan satu berita baru bagi kakitangan RFS dan juga Sarawak Report yang berada di Sarawak. Di dalam temubual eksklusif dengan salah seekor Jembalang RFS/SR, Sebanaku2u diberitahu terdapat lebih dari 200 ekor Jembalang . Namun satu kejutan apabila Jembalang ini mula bercakap mengenai bayaran sebulan bagi Jembalang yang bekerja untuk RFS/SR di Sarawak. ada dikalangan mereka dibayar 1000 Pound sebulan unttarauk satu berita hangat beserta dengan foto. Tetapi keadaan itu berlaku 7 bulan yang lepas. Kini ada di antara Jembalang ini dibayar hanya RM30 untuk laporan email size A4 dan paling tinggi RM 1000 sahaja jika maklumat itu betul betul eksklusif.


Keadaan ini berlaku kerana RFS/SR telah menggunakan wakil yang ditempatkan terus di Sarawak untuk memantau tugas tugas Jembalang ini. Ini bukan kerana bajet yang terhad tetapi mana lagi selebihnya di selam oleh wakil tersebutlah. Bila ditanya siapa wakil yang di maksudkan, beberapa nama telah timbul. antara 7 nama yang disebut 4 darinya amat Sebanaku2u kenal sangat. No wonderlah hidup mewah sejak Krismas tahun lepas. Namun begitu apabila Jembalang yang ditemuduga semakin selesa dengan kehadiran Sebanaku2u yang pada mulanya amat sinis, Jembalang telah membongkar beberapa teknik bagi Jembalang Jembalang yang bertugas mendapat duit lebih.


Jembalang Jembalang ini bertindak mereka cerita serta mengemukakan bukti bukti yang direka sendiri. Dan tanpa diusul periksa oleh wakil RFS/SR di Sarawak, bayaran yang dibayar untuk bahan tersebut antara RM600 ke RM800. Dan dengan sikap BODOH lagi ANGKUH Raja Siflis terus membongkarnya melalui corong Radio dan Lester menerbitkannya dalam Sarawak Report. Di sebabkan itu beberapa artikel dan isu yang di mainkan oleh mereka kebelakangan ini adalah TIDAK TEPAT dan merupakan fitnah semata mata.


Disebabkan berita yang tidak tepat ini lah segala pertanyaan dan kekecohan dapat ditangkis oleh pemimpin pemimpin kita di Sarawak. Tidak hairan lah YB Abg Abdul Karim berkata kepada pemberita baru baru ini bahawa kita tidak harus percaya sewenang wenangnya mengatakan kepada pemberita dan pihak kerajaan dapat menangkis segala propaganda dengan mudah manakala  Uncle James Masing kita pula berkata beliau serta ahli ahli PRS langsung tidak ambik peduli akan fitnah yang dilemparkan melalui RFS mahupun SR. Namun Sebanaku2u berharap tidak banyak pun sedikit penjelasan dari pihak Uncle James atau dari PRS tentang isu yang dimainkan oleh RFS atau SR yang dikaitakn dengan beliau atau PRS. Ini kerena kadnag kadang isu yang dimainkan oleh RFS dan SR seolah olah benar benar berlaku. Tidak semua rakyat belajar tinggi Uncle James. Jako mit pun jadilah Uncle.


Oleh kerana perbuatan ini tidak dibendung oleh pihak lawan maka RFS dan SR akan terus menyebarkan fitnah dan cerita kartun semata mata. Dan Rakyat Sarawak khususnya penyokong PKR Sarawak akan terus sajikan dengan cerita dan gambar PEBULAK.  Dan kepada penyumbang ongkosnya bagi menjalankan operandi RFS dan SR, adalah tidak bijak berbelanja RM38 juta begitu saja jika maklumat langsung tidak ada kualiti. Haiya ........Silap invest tu wahai Latuk.


Jadi secara amnya semua isu dan bukti yang disampaikan oleh Raja Siflis kita Peter John dan juga penulisan Lester Melanyi adalah BULAK BESAR YANG AMAT BODOH! Teruskan kebodohan anda. Kami Support....Lawan Tetap Lawan


** apakah kebenarannya bahawa SADIA tidak ada kena mengena dengan DJ radio RFS?
**bagus kitak orang dengar channel Zackedooo di Cats FM ok juak sikit.  Sik ada bulak. lagu best gik ya.

Wednesday, 2 March 2011

Mana datangnya modal untuk menguruskan operasi Radio Free Sarawak dan Sarawak Report?

Di dalam usaha untuk mencari siapa sebenarnya adalah Dalang di dalam penubuhan serta operasi Sarawak Report, terdapat 1001 KEMUNGKINAN yang dapat Sebanaku2u rungkaikan. Di antaranya ialah

  • Adakah beliau berada di antara salah salah satu parti di dalam BARISAN NASIONAL atau dalam Pakatan Rakyat?
  • Adakah beliau merupakan antara pemimpin/bekas sesebuah parti di dalam BARISAN NASIONAL atau dalam Pakatan Rakyat?
  • Adakah penangguhan bebrapa projek yang bernilai hampir RM40 Juta ada kaitannya saluran modal untuk operandi Sarawak Report?
Namun butir butir tersebut hanya jangkaan sahaja dan TIDAK mempunyai bukti atau saksi. Ini kerana Sebanaku2u merasa amat pelik dengan operandi Sarawak Report. Antaranya ialah
  •  Radio Free Sarawak beroperasi di London
  • Dengan maklumat yang TEPAT mengenai bayaran gaji Lester Melanyi dan Peter John yang mencecah 17000 POUND STERLING sebulan. Itu baru 2 orang. Bagaimana dengan perkerja yang lain yang bekerja di London dalam membantu menguruskan operasi RFS dan urusan yang lain, yang hampir 20% adalah penduduk Sarawak?
  • Itu tidak termasuk lagi dengan bayaran kepada Jembalang Jembalang RFS dan SR di Sarawak.
  • Ini kerana untuk menjalankan sesebuah stesen radio tidaklah memerlukan kos yang besar.
  • Mengapa Lester Melanyi dan Peter John yang dipilih?
  • Keduanya duanya Iban dan mempunyai rekod buruk merupakan satu kebetulan?
  • Adakah TIDAK ADA PENYOKONG PKR YANG LAIN LEBIH LAYAK? Sebab Sebanaku2u tahu ada penyokong PKR yang lebih kuat dan berpengalaman dan mempunyai latar belakang yang lebih BAIK berbangsa Orang Ulu, Penan,Kenyah. ATAU adakah penyokong kuat PKR yang BERBANGSA MELAYU tidak layak untuk memikul tanggungjawab Lester dan Peter sekarang?
  • Dengan modul operasi RFS dan juga SR yang melibatkan modal yang begitu besar, satu lagi persoalannya. ADAKAH DUIT ITU SEBENARNYA HAK MILIK RAKYAT SARAWAK ATAU PERUNTUKAN UNTUK SESEBUAH PROJEK YANG TERTENTU.
*** Adakah Sebanaku2u juga beroperasi di luar negara? Kerana Sebanaku2u hampir hampir membongkar misteri OPERASI RADIO FREE SARAWAK DAN SARAWAK REPORT ***

Pages Facebook Sebanaku2u Blogspot Dilancarkan

Sebanaku2u Blogspot
Semenjak Sebanaku2u membongkar dengan lebih terperince mengenai Sarawak Report, Sebanaku2u menerima pelbagai komen dan juga email walaupun terdapat komen yang tidak ada kena mengena dengan artikel di dalam blog Sebanaku2u. Namun begitu Sebanaku2u mengucapkan berbanyak terima kasih kerana pembaca sudah menerima Sebanaku2u di dalam dunia blogging. Setiap komen anda Sebanaku2u akan post tanpa sebarang edit.  Sebanaku2u turut menerima ugutan atas usaha Sebanaku2u mencungkil beberapa isu yang di anggap sensitif dan juga merbahaya. Para pembaca boleh menilai segala artikel Sebanaku2u adalah mengenai isu isu yang yang amat berat dan juga agak mustahil bagi blog blog yang lain menulis mengenainya. Ini kerana Sebanaku2u merupakan seorang penulis semenjak 13 tahun yang lalu, pengkritik, pemantau politik, kaunselor dan juga seorang penyokong Barisan Nasional.

Sebanaku2u mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan, kritikan para pembaca. Semenjak blog Sebanaku2u dipamer untuk tatapan umum 20/2/2011 para pelawat blog tersebut meningkat amat memberangsangkan dari blog blog lain kepunyaan penulis Sebanaku2u (Tok Teh). Terima kasih sekali lagi Sebanaku2u ucapkan. Dengan itu juga atas perbincangan dengan beberapa pihak (bukan anak kepada orang kenamaan) Tok Teh ingin memberitahu yang Sebanaku2u sekrang mempunyai Pages Facebook atas nama Sebanaku2u Blogspot dengan meletak gambar profile sama seperti profile blog Sebanaku2u. Kepada para pengguna facebook boleh mendapat kan berita terkini dan juga artikel dari Blog Sebanaku2u.