Friday, 25 February 2011

8 Pelajar Ditindas PPKS (ICATS) dan YAYASAN SARAWAK???

Beberapa hari yang lepas, disiarkan dalam berita mengenai beberapa orang pelajar Sarawak yang terbiar begitu saja selepas Kolej ditempat mereka belajar tutup dan tidak diberi penjelasan yang jelas. Kebimbangan pelajar pelajar ini mengenai pinjaman pendidikan yang mencecah berpuluh ribu telah menarik perhatian menteri dari Jabatan Perdana Menteri.


Itu di Semenajung, di Sarawak lain pula ceritanya. Sebanaku2u diberitahu 3 hari yang lepas 8 permohonan pelajar dari kolej PPKS (ICATS) telah ditolak oleh YAYASAN SARAWAK. Bila ditemubual pelajar, Sebanaku2u diberitahu alasannya hanya ada dua
  1. Jumlah terlalu kecil iaitu hanya RM 2700 untuk satu semesta.
  2. Hanya kursus yang melebihi 2 tahun ke atas yang layak untuk memohon.
Setelah meneneliti salinan surat permohona pelajar tersebut Sebanaku2u merasa hairan dan kesian dengan peristiwa yang menimpa 8 pelajar anak jati Sarawak kita. Ada di antara mereka yang yatim piatu dan ada yang dari keluarga yang susah. Jika benar ini terjadi bermakna 8 pelajar anak jati Sarawak ini hanya membuang masa selama setahun kerana tanpa RM2,700.00 mereka tidak layak untuk menduduki peperiksaan pada June 2011 ini. Untuk pengetahuan pembaca, 8 permohonan ini dibuat pada JULY 2010.

Namun begitu Sebanaku ingin membantu 8 pelajar ini dengan bertanya kepada PPKS KUCHING dan juga YAYASAN SARAWAK beberapa soalan. Ini kerana 2 hari lepas Sebanaku2u ada menelefon YAYASAN SARAWAKdan juga PPKS untuk menjelaskan isu ini. Namun Sebanaku2u menyamar sebagai salah seorang ahli keluarga kepada 8 pelajar tersebut namun penjelasan mereka langsung tidak munasabah dan dialog biasa orang GOMEN.

1. Mengapa YAYASAN SARAWAK mengambil masa selama 6-7 bulan untuk menolak permohonan jika alasannya sudah diketahui dan begitu asas?
2. Sebanaku2u diberitahu ada di antara pihak keluarga yang menelefon YAYASAN SARAWAK pada bulan Ogos dan Disember 2010 namun YAYASAN SARAWAK mengatakan masih belum ada keputusan (nak sebut ke nama pegawai yang menjawab panggilan tu?)
3. .PPKS tidak diiktiraf oleh YAYASAN SARAWAK? .Kalau didiktiraf kenapaPPKS  tidak sedar akan syarat yang dikenakan oleh YAYASAN SARAWAK  ?  Kenapa semasa 8 pelajar ini memohon pinjaman, PPKS tidak berbincang dahulu dengan YAYASAN SARAWAK  ? Jika ada, sudah pasti   mengetahui berapa lama tempoh yang diperlukan untuk pelajar mengahbiskan sukatan pelajaran mereka
4.Kenapa PPKS tidak membantu 8 pelajar ini untuk berurusan dengan YAYASAN SARAWAK  ?
5. PPKS dan juga YAYASAN SARAWAK  tidak peka kepada syarat syarat permohonan? PELIK BIN AJAIB
6. Pegawai Pemasaran PPKS cakap lain, Halaman Web cakap lain, pensyarah cakap lain, pegawai gomen cakap lain? Bagaimana pula pihak atasan PPKS dan juga YAYASAN SARAWAK ?


Tujuan Sebanaku2u bukanlah untuk memburukan sesiapa tetapi hanya ingin mengambil perhatian kedua dua pihak yang terlibat. Tuan, KAMI dah guna cara lembut bertanya dan memhon bantuan tapi tak dilayan jadi KAMI guna cara lain untuk mendapatkan perhatian. Maaf dipohon.

Thursday, 24 February 2011

8 Sebab Kenapa Jabu Senyum Riang

Sekarang bukan lagi khabar angin atau rumours. Memang tepat ramalan sesetengah pihak di mana Tedewin akan  ke hulu ke hilir membawa tiang bendera tetapi masih tidak pasti bendera parti mana yang hendak dikibar.

Namun Sebanaku2u diberitahu oleh orang kuat Tedewin yang sekarang Tedewin telah menyatakan pendiriannya untuk tidak melawan Alfred Jabu. Walaupun pada mulanya beliau begitu lantang menyatakan beliau akan melawan Abang Besar (Jabu). Di dalam satu sessi minum di mana lokasinya telah dirahsiakan Tedewin menyatakan

8 Sebab mengapa beliau mengubah pendiriannya untuk tidak melawan Abang Besar.

  1. Tanpa sokongan yang kuat, amat sukar untuk Tedewin menumbangkan Abang Besar
  2. Tedewin tidak akan melibatkan diri untuk kepentingan PERIBADI seseorang.
  3. Amat jelas Tedewin hanyalah PROXY kepada SESEORANG jika dilihat dengan kedaan sekarang
  4. Tedewin tidak lagi berminat kepada AGENDA PERIBADI SESEORANG
  5. PALING NYATA DAN KETARA...........PKR NGAU SNAP NADAI LANGSUNG OFFER APA2 KE AKU (TEDEWIN)
  6. Siapa yang mahu membayar Deposit sewaktu Tedewin mendaftar sebagai calon sewaktu penamaan calon kelak. Money Order tidak diterima
  7. Dipercayai Tedewin baru terjaga dari Ilmu Pukau SESEORANG dan menyedari beliau telah membuat satu kesilapan besar iaitu keluar dari PRS. (Tedewin dipercayai masih mencari rakan beliau yang disyaki  memberi Tedewin makan kek TIRAMISU bagi tujuan PUKAU)
  8. Segala nombor telefon bimbit yang di telefon oleh Tedewin bagi memohon bantuan dan pandangan tidak ada lagi dalam kawasan liputan (OPERATOR - MAAF, nombor yang NUAN kuntek nak ulih  dikuntek kuntek lagi atau telah dimatikan secara sengaja)
Tetapi persoalannya sekarang....KENAPA baru sekarang Tedewin menyedari beliau hanya patung ULTRAMAN yang dikawal oleh SESEORANG ini?

Sebelum artikel ini ditulis, Sebanaku2u diberitahu Abang Besar.dilihat asyik tersenyum dari semalam. Tahniah Abang Besar.


TERSENYUM RIANG


Wednesday, 23 February 2011

Jap Bro....Iklan Sekejap (hmmmmy taste)

Ada yang inbox kepada Sebanaku2u mengatakan blog Sebanaku2u tidak ada fakta dan omong kosong macam budak sekolah. Sebanaku2u bukannya Geng Bas Sekolah YB , jaja cerita sana sini, Depan belakang asyik sebut Untuk CM, CM said this CM said That. CM want this CM want THAT. (CM senyap bukannya bererti setuju ....CM TAHU)Atau ANDA ingin tahu dan tidak sabar untuk mengetahui apa bukti atau fakta yang Sebanaku2u ada? Sabar. Terpulang kepada ANDA untuk menilai. Lagipun segala cerita, butir, fakta serta gambar eksklusif Sebanaku2u dapat fresh dari drawer laci seseorang. Sebanaku2u pun harus menjaga rahsia orang lain, Sebanaku2u pun tidak mahu membuka pekung orang sendiri. Itu baru namanya Parti Barisan Nasional. Tidak kira dari PBB, SUPP,PRS ataupun SPDP.  Lawan di luar sana bukannya di dalam.

**Terima kasih atas kritikan anda dan juga TIPS. Sebanaku2u akan mempertimbangkan. Memang Sebanaku2u akan BOGELkan habis sesetengah isu. Cuma sekarang Sebanaku2u tengah memerhati rhythm sesetengah pihak. Kalau tak nanti keluar pula blog atau akaun fb lain memperkotak katikkan Sebanaku2u. Sabarlah BRO.....Sebanaku2u bukannya budak PRA SEKOLAH. Lagipun Sebanaku2u harus meneliti baik baik segala info yang ada atau yang diberi. Lebih lebih lagi transkrip perbincangan serius (atau main main)oleh seseorang berpangkat Naib Ketua tut.... baru baru ini. Namun ada pihak yang suruh Sebanaku2u just for the sake of entertainment post kan saja....Tag Line is....Jap BRO,Iklan Sekejap (hmm my taste) or transkrip perbincangan satu kelompok yang ingin berebut satu kawasan yang masih dalam genggaman YB kita....Pok idup lagi YB ya gago dah nak take over..... Or siapa sebenarnya PENGKHIANAT dalam PRS. Semua Sebanaku2u dah ada butir cuma tengok masa yang sesuai.

Tikam Belakang Bermula

Di dalam media cetak, internet, tidak kurang berita tidak rasmi dari mulut ke mulut, hangat dibicarakan siapa ganti siapa. Siapa lebih layak ? Siapa sepatutnya? Siapa berkuasa? Tidak kurang juga siapa mengganti siapa?

Penyokong Setia?
Namun pada masa yang sama , Pehin Sri turut terlibat. Tetapi Pehin Sri hanya dipersoalkan kredibiliti beliau secara terang dan lantang oleh pihak pembangkang. Persoalannya......selain dari YB Karim dan 2-3 YB yang lantang mengatakan Pehin Sri adalan No.1 Choice..... http://www.theborneopost.com/?p=95521
.....mana perginya sokongan dari pihak BN sendiri? Asyik berkempen sana sini untuk diri sendiri tapi meninggalkan Big Boss dibelakang nampak. Lebih sedih kaki bodek bukan dilabelkan oleh pihak pembangkang tetapi orang kuat dan juga dari parti sendiri. (Sebanaku2u pun kena soon)

Atau ada setengah YB berkempen senyap senyap untuk diri sendiri barangkali.....tanya diri sendirilah (BRO). Atau ada di antara YB kita dari Barisan Nasional berkempen secara senyap untuk menyingkirkan Pehin Sri selain dari pihak pembangkang. Namun amat jelas situasi ini memang terjadi sekarang. Mesyuarat senyap diadakan. Perbincangan secara tidak rasmi di adakan.  Duit disogok, fitnah dilemparkan, hasutan dirancangkan. Mainan tikam belakang dimulakan.

Tuesday, 22 February 2011

Adakah anda salah seorang dari calon Drama King? Bukan? Namun ada pihak mencalonkan anda

Adakah Anda yang dimaksudkan?
Salam pagi. Nampaknya ramai yang inbox Sebanaku2u mengatakan Sebanaku2u adalah anak didik Sebanaku. Jawapan nya ....Ya Salah. Sebanaku2u tidak ada kena mengena langsung dengan Sebanaku.Ramai juga yang inbox Sebanaku2u untuk mencalon kan calon calon mereka bagi artikel Drama King. Namun terdapat juga yang menyalahertikan artikel Sebanaku2u. Bukannya untuk membuka pekung di dada Parti Barisan Nasional mahupun PR sebab Sebanaku2u tidak menyebut nama parti pun dalam artikel Drama King.

Namun dilihat dari msg2 di dalam inbox Sebanaku2u, terdapat juga yang terasa pedas dan merasakan dirinya adalah calon yang dimaksudkan. Sebanaku2u masih menerima cadangan bagi calon calon yang rasanya layak sebab dari msg2 inbox tersebut rupa rupanya masih banyak lagi calon yang layak dan lebih layak digelar Drama King.