Tuesday, 15 March 2011

Sebanaku2u Blogger KP @ Blogger UMB PBB?

Pelbagai email dan juga komen yang Sebanaku2u terima mengenai artikel Salam 1Malaysia. Komen yang bagus, membina dan juga sebaliknya Sebanaku2u tidak diskriminasi. Semuanya Sebanaku2u siarkan tanpa sebarang edit. Di sini Sebanaku2u tidak menyebelah mana mana pihak. Jika dikatakan Sebanaku2u adalah orang KP itu memang silap. Sebanaku2u juga bukannya blogger upahan saudara Aziz Adenan mahupun UMB PBB. Sebanaku2u adalah ahli Barisan Nasional. Itu sahaja. Mengenai Geng Bas Sekolah or Tea Boy masih lagi dalam siasatan Sebanaku2u. Lagipun Sebanaku2u tidak mahu mengganggu sisatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa dan pihak tertentu. Ini juga adalah nasihat pihak berkuasa kepada Sebanaku2u. Namun Sebanaku2u janji akan dedahkan apabila tiba waktunya nanti. Relax takkan lari Gunung DiKejar. Di Tegas sekali lagi Sebanaku2u bukan blogger upahan mana2 pihak.Samada dari pihak KP or Aziz Adenan (yeke?) Namun Sebanaku2u tetap akan menulis artikel artikel hangat dan lain dari yang lain. CERITA SEBENAR.

Sunday, 13 March 2011

Salam 1Malaysia

Salam 1Malaysia.


Minggu lepas Sarawak dikejutkan dengan berita 10 blogger dari Semenanjung berkunjung ke Sarawak dan berjumpa dengan Ketua Pemuda PBB kita YB Fadillah. Berita ini membuatkan para blogger di Sarawak naik berang disebabkan merasa disisihkan dan seperti tidak adil bagi membawa para blogger dari Semenanjung. Apa kurangnya Blogger kita di sitok KP?? Namun penjelasan Abg KP kita amat munasabah. Tujuannya adalah sama dan hanya satu. Untuk membantu Jentera Barisan Nasional yang sedia ada. Bukan hanya menang tapi MENANG DENGAN GAYA!!! Hihihihi. Sebanaku2u juga diberitahu TOP LEVEL juga telah memberi persetujuan mengenai hal ini. Jadi di sini Sebabnaku2u menyeru agar kita sama sama menyokong dan diharapkan jangan lah isu ini dikontrovesikan.


Sebanaku2u melihat artikel dari blogger Senior kita Audie61
http://audie61.wordpress.com/2011/03/13/sarawak-bloggers-lead-aid-welcomed/

ada mempersoalkan isu ini. Sebanaku2u melihat kedatangan 10 blogger ini sebagai satu kebaikan sebenarnya. Kedatangan 10 blogger ini sebenarnya untuk MEMBANTU dan MENYOKONG Barisan Nasional di Sarawak. Dan bukannya untuk menjadi HERO MELAYA. Di sini kita sudah mempunyai beberapa HERO yang lantang bersuara seperti Audie61, Wira Kenyalang, Rajahmas,Keadilan Untuk Sarawak. Lupakan Sebanaku Sarawak. Sebanaku2u Boleh! :)


Di dalam artikel Audie61 baru baru ini memang tepat sekali penjelasan mengapa para blogger tempatan harus diberi keutamaan. Memang tidak dapat disangkal segala penjelasan beliau amat tepat sekali. Namun di sini Sebanaku2u melihat tidak salah jika kita menerima tawaran para 18 blogger ini. Mereka datang untuk membantu dan bukannya menakhluk. Kalau ya nak jadi BOS, apa susah Sebanaku Sarawak ada. Sudah pasti blog durhaka neraka jahanam itu akan memainkan isu itu. Tak pun kita ada APAI yang boleh kita tugaskan menjadi PENGAYAU untuk 10 blogger ini.


Kita harus fokus sekarang bak kata Abg KP kita. Perjuangan di luar sana. Dengan Bantuan 10 BLOGGER ini merupakan satu lagi TAMBAHAN Kuasa kepada Media Politik di Sarawak. Dengan ini bukan kita hanya boleh MEMBOGELKAN pembangkang, nak menghapuskan terus pembangkang dr Sarawak juga tidak mustahil sekarang.( Liwat jangan ok)


Akhir sekali, Sebanaku2u dah siap sedia dengan Parang Dayak untuk peperangan ini. Tidak salah kita menerima bantuan dari senjata Keris pula. Matlamat kita semua sama dibawah satu bumbung BARISAN NASIONAL. HIDUP PBB!!!!!!!

Tea Boy Confirm Tali Barut PKR Sarawak?

Apa sebenarnya perancangan Tea Boy aka Trojan Horse dengan ahli PKR Cawangan Landeh yang berpusat dengan Keadilan Stampin? Bagaimana Tea Boy yang aktif dalm PKR dan selalu dilihat berjumpa dengan wakil Landeh tersebut boleh diterima masuk dengan begitu mudah dalam UMB PBB? Sebanaku2u juga diberitahu yang Tea Boy juga hadir dalam bengkel blogger yang di adakan oleh agensi kerajaan tidak lama dahulu.  Bagaimana dia boleh hadir dalam setiap perbincangan yang UMB yang membincangkan segala isu isu SULIT UMB PBB?  Sedangkan sebarang isu yang dibincangkan adalah sulit dan bukannya isu isu umum.

Adakah rahsia semua blogger telah dibocorkan kepada pihak pembangkang?  Adakah segala kontrovesi di dalam Pemuda PBB selama ini berpunca dari perancangan Tea Boy dan Wakil PKR Cawangan Landeh tersebut?

Bagaimana pula dengan kes Tea Boy dengan penyelewangan duit di Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) ? Jika  didapati tidak bersalah mengapa Tea Boy boleh diberhentikan kerja serta merta dan hilang tabung pencennya? Sebanaku2u akan cuba mencari fakta fakta tepat untuk mengesahkan lagi isu ini. Sebab bukan 1 bukan 2 tapi banyak pihak dalaman sendiri bercerita. Kali ini skrip....Ya Allah, siapa madah tok bro? Sik Ada bro. Mun benar mesti I dah masuk dalam...skrip tu tak laku lagi. Memanglah tak masuk dalam kalau dah kena buang and hilang pencen. Apa daaa.

Saturday, 12 March 2011

Pemuda PBB dan Pemuda UMNO Berjumpa di Sarawak

Belum pun 24 jam Berita Gumbira disebarkan kepada semua Pemuda PBB yang segala kontrovesi ini adalah satu PEMBOHONGAN ada satu lagi Berita Mengezutkan.

Pagi tadi rakan Sebanaku2u dari Pemuda UMNIO cakap nak jumpa Sebanaku2u minggu depan. Sebanaku2u cakap dalam waktu terdekat ni belum ada plan lagi nak turun ke KL. Pastu dia cakap....BUKAN BRO, KITAORANG SEMUA ADA TURUN KUCHING NEXT WEEK. PEMUDA UMNO AKAN TURUN KUCHING UNTUK SATU DINNER ANJURAN PEMUDA PBB. KORANGLAH TU.
Bila Sebanaku2u tanya pula dengan beberapa pihak yang patut memang betul berita itu disahkan oleh mereka. Kezut tak kezut terpulang pada anda melihat berita ini dari sudut mana. Tapi yang Sebanaku2u tahu ini semua adalah perjumpaan untuk satu MOTIF PERJUANGAN! Seperti kata YB Fadillah sebelum ini. Perjuangan Kita Di Luar Sana! Pembangkang harus kita hancurkan dari terus menabur fitnah dan janji kosong kepada Rakyat Sarawak.

MARI KITA BUKTIKAN KEPADA PEMBANGKANG BAHAWA SEGALA FITNAH PEMBANGKANG HANYA KERJA SIA SIA. PEMUDA PBB AKAN SENTIASA BERSATU DAN HAK MILIK BERSAMA ....seperti komen seorang rakan sebelum ini

Friday, 11 March 2011

Majlis Kesyukuran & Perjumpaan Pemuda PBB

Sebanaku2u baru sahaja mendapat satu BERITA GUMBIRA. Ingatkan tadi nak cari info pasal perjumpaan PKR di Batu Kawa hari ini. Lagipun cerita perjumpaan PKR nie kurang menarik. Seperti biasa hanya ahli ahli kuat saja yang hadir menyambut Anwar. Yang lain menumpang makan dan mana tau ada budget akan diumumkan oleh Anwar. Tapi yang pasti Anwar ada melaungkan ...KITA BALUN SARAWAK di dalam Konveksyen PKR di Batu Kawa pagi tadi. Laungan tersebut disambut oleh 400 peserta yang hadir pagi tadi.

Berita di bawah akan menghancurkan niat Parti Pakatan Rakyat

Berbalik pada BERITA GUMBIRA. Kali ini giliran Sebanaku2u mengucapkan BRAVO kepada YB FADILLAH.  Kebelakangan ini kita dari Barisan Nasional dijamukan dengan gossip dan juga juadah cerita kononnya semua pemuda di dalam PBB Sarawak tengah bertelagah. Ini Semua adalah angkara yang ingin mendapat nama dan kedudukan (Sebanaku2u takda ok)Terdapat beberapa pihak yang masih ada semangat perjuangan PBB telah tampil ke hadapan untuk meleraikan keadaan. Syukur alhamdulillah segala perjuangan tidak sia sia. Niat untuk melihat PBB berpecah kepada dua kumpulan bagaikan mimpi di siang hari. Menurut SUMBER yang boleh dipercayai, pertelingakahan kononya dari dua kumpulan di dalam Pemuda PBB adalah dongeng semata mata. Semuanya adalah fitnah semata mata.

Buktinya kontrovesi Saudara Wan Hamzah kita berucap menggantikan YB Fadillah (Abg KP) di BN Konveksyen di BCCK 2 minggu lepas hanya hangat beberapa hari sahaja. Dalam sekelip mata kontrovesi ini terus lenyap kerna semuanya hanyalah agenda beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab dari pihak pembangkang. Menurut sumber lagi YB Fadillah telah nekad untuk membuktikan bahawa JIWA Beliau masih lagi untuk PBB Sarawak dan PEMUDA yang selama ini BERDIRI di belakang beliau. Beliau juga berpesan kepada semua PEMUDA PBB, MUSUH KITA DI LUAR SANA. MASA UNTUK KITA MENGHANCURKAN PIHAK PEMBANGKANG!!! Beliau memohon agar semua PEMUDA BERSATU HATI dan terus menyokong BARISAN NASIONAL dan PEMUDA PBB. ISU MENGENAI 2 PERJUMPAAN (DOMANI HOTEL & RESTORAN 7 ON 7) YANG MENGATAKAN PEMUDA BERPECAH KEPADA DUA KUMPULAN SEBELUM INI ADALAH HANYA GOSSIP LIAR. Dua majlis perjumpan itu hanyalah secara KEBETULAN SAHAJA.

Bagi membuktikan segala kontrovesi yang dikaitkan dengan beliau dan juga Aziz Adenan adalah agenda jahat pihak pembangkang, beliau mengatakan satu perjumpaan dan juga MAJLIS KESYUKURAN akan diadakan dengan semua PEMUDA sebelum PILIHANRAYA yang akan datang. Apabila Sebanaku2u mendengar berita ini bagaikan mahu terus keluar berkempen. Rasa sudah masanya Kita semua bersatu hati seperti yang di pinta oleh Abang KP kita. Tak sabar rasanya menunggu tarikh dan tempat yang akan diumumkan oleh Fadillah tak lama lagi unutk Majlis Kesyukuran tersebut. Ini adalah peluang kita menunjukkan kepada semua yang PEMUDA PBB masih bersama dah masih KUKUH tidak seperti yang di jaja oleh pihak pembangkang.

Semoga sewaktu majlis tersebut segala kontrovesi akan terjawab dan kita dapat buktikan perpecahan dua kumpulan dalam Pemuda PBB adalah mimpi di siang hari pihak pembangkang. HIDUP PEMUDA PBB!!!!! Dengar khabar TOP LEVEL senyum mendengar berita ini. Ini lah masanya kita menunjukkan kepada TOP LEVEL yang kita semua masih bersatu dan bukannya seperti yang sengaja dikontrovesikan oleh pihak pembangkang.