Friday 25 February 2011

8 Pelajar Ditindas PPKS (ICATS) dan YAYASAN SARAWAK???

Beberapa hari yang lepas, disiarkan dalam berita mengenai beberapa orang pelajar Sarawak yang terbiar begitu saja selepas Kolej ditempat mereka belajar tutup dan tidak diberi penjelasan yang jelas. Kebimbangan pelajar pelajar ini mengenai pinjaman pendidikan yang mencecah berpuluh ribu telah menarik perhatian menteri dari Jabatan Perdana Menteri.


Itu di Semenajung, di Sarawak lain pula ceritanya. Sebanaku2u diberitahu 3 hari yang lepas 8 permohonan pelajar dari kolej PPKS (ICATS) telah ditolak oleh YAYASAN SARAWAK. Bila ditemubual pelajar, Sebanaku2u diberitahu alasannya hanya ada dua
  1. Jumlah terlalu kecil iaitu hanya RM 2700 untuk satu semesta.
  2. Hanya kursus yang melebihi 2 tahun ke atas yang layak untuk memohon.
Setelah meneneliti salinan surat permohona pelajar tersebut Sebanaku2u merasa hairan dan kesian dengan peristiwa yang menimpa 8 pelajar anak jati Sarawak kita. Ada di antara mereka yang yatim piatu dan ada yang dari keluarga yang susah. Jika benar ini terjadi bermakna 8 pelajar anak jati Sarawak ini hanya membuang masa selama setahun kerana tanpa RM2,700.00 mereka tidak layak untuk menduduki peperiksaan pada June 2011 ini. Untuk pengetahuan pembaca, 8 permohonan ini dibuat pada JULY 2010.

Namun begitu Sebanaku ingin membantu 8 pelajar ini dengan bertanya kepada PPKS KUCHING dan juga YAYASAN SARAWAK beberapa soalan. Ini kerana 2 hari lepas Sebanaku2u ada menelefon YAYASAN SARAWAKdan juga PPKS untuk menjelaskan isu ini. Namun Sebanaku2u menyamar sebagai salah seorang ahli keluarga kepada 8 pelajar tersebut namun penjelasan mereka langsung tidak munasabah dan dialog biasa orang GOMEN.

1. Mengapa YAYASAN SARAWAK mengambil masa selama 6-7 bulan untuk menolak permohonan jika alasannya sudah diketahui dan begitu asas?
2. Sebanaku2u diberitahu ada di antara pihak keluarga yang menelefon YAYASAN SARAWAK pada bulan Ogos dan Disember 2010 namun YAYASAN SARAWAK mengatakan masih belum ada keputusan (nak sebut ke nama pegawai yang menjawab panggilan tu?)
3. .PPKS tidak diiktiraf oleh YAYASAN SARAWAK? .Kalau didiktiraf kenapaPPKS  tidak sedar akan syarat yang dikenakan oleh YAYASAN SARAWAK  ?  Kenapa semasa 8 pelajar ini memohon pinjaman, PPKS tidak berbincang dahulu dengan YAYASAN SARAWAK  ? Jika ada, sudah pasti   mengetahui berapa lama tempoh yang diperlukan untuk pelajar mengahbiskan sukatan pelajaran mereka
4.Kenapa PPKS tidak membantu 8 pelajar ini untuk berurusan dengan YAYASAN SARAWAK  ?
5. PPKS dan juga YAYASAN SARAWAK  tidak peka kepada syarat syarat permohonan? PELIK BIN AJAIB
6. Pegawai Pemasaran PPKS cakap lain, Halaman Web cakap lain, pensyarah cakap lain, pegawai gomen cakap lain? Bagaimana pula pihak atasan PPKS dan juga YAYASAN SARAWAK ?


Tujuan Sebanaku2u bukanlah untuk memburukan sesiapa tetapi hanya ingin mengambil perhatian kedua dua pihak yang terlibat. Tuan, KAMI dah guna cara lembut bertanya dan memhon bantuan tapi tak dilayan jadi KAMI guna cara lain untuk mendapatkan perhatian. Maaf dipohon.

2 comments:

Aunty Jane said...

biasalah setakat 2700 berapa gilaklah daknya dapat makan interest?lagik pun kali dak yayasan tok dah xda lagik duit,pakei KAUM KERABAT daknya mpun kali.setakat student biasa jak,ne lah daknya nak gago..tapi mun dah dikomplen baruk nak molah kerja.masa ya nama dah buruk baruk nak masuk press jelaskan semua.dah terlambat

Sebanaku2u said...

Sik apa Aunty Jane. Kita hanya rakyat biasa yang memantau. ada silap kita tegur. ada yang sik puas hati kita komplen. tapi mun orang biasa komplen sik di dengar pemimpin, orang mcam kita lah yang membantu letak dalam blog contohnya. lagipun Sebanaku2u letak dalam blog better dari 8 family ya molah sidang akhbar....tok lah masa sidak BN or PR ambik kesempatan. boleh sponsor sidak 8 ornag pelajar tok makey kempen sik lama lagi hihihi