Thursday 24 February 2011

8 Sebab Kenapa Jabu Senyum Riang

Sekarang bukan lagi khabar angin atau rumours. Memang tepat ramalan sesetengah pihak di mana Tedewin akan  ke hulu ke hilir membawa tiang bendera tetapi masih tidak pasti bendera parti mana yang hendak dikibar.

Namun Sebanaku2u diberitahu oleh orang kuat Tedewin yang sekarang Tedewin telah menyatakan pendiriannya untuk tidak melawan Alfred Jabu. Walaupun pada mulanya beliau begitu lantang menyatakan beliau akan melawan Abang Besar (Jabu). Di dalam satu sessi minum di mana lokasinya telah dirahsiakan Tedewin menyatakan

8 Sebab mengapa beliau mengubah pendiriannya untuk tidak melawan Abang Besar.

  1. Tanpa sokongan yang kuat, amat sukar untuk Tedewin menumbangkan Abang Besar
  2. Tedewin tidak akan melibatkan diri untuk kepentingan PERIBADI seseorang.
  3. Amat jelas Tedewin hanyalah PROXY kepada SESEORANG jika dilihat dengan kedaan sekarang
  4. Tedewin tidak lagi berminat kepada AGENDA PERIBADI SESEORANG
  5. PALING NYATA DAN KETARA...........PKR NGAU SNAP NADAI LANGSUNG OFFER APA2 KE AKU (TEDEWIN)
  6. Siapa yang mahu membayar Deposit sewaktu Tedewin mendaftar sebagai calon sewaktu penamaan calon kelak. Money Order tidak diterima
  7. Dipercayai Tedewin baru terjaga dari Ilmu Pukau SESEORANG dan menyedari beliau telah membuat satu kesilapan besar iaitu keluar dari PRS. (Tedewin dipercayai masih mencari rakan beliau yang disyaki  memberi Tedewin makan kek TIRAMISU bagi tujuan PUKAU)
  8. Segala nombor telefon bimbit yang di telefon oleh Tedewin bagi memohon bantuan dan pandangan tidak ada lagi dalam kawasan liputan (OPERATOR - MAAF, nombor yang NUAN kuntek nak ulih  dikuntek kuntek lagi atau telah dimatikan secara sengaja)
Tetapi persoalannya sekarang....KENAPA baru sekarang Tedewin menyedari beliau hanya patung ULTRAMAN yang dikawal oleh SESEORANG ini?

Sebelum artikel ini ditulis, Sebanaku2u diberitahu Abang Besar.dilihat asyik tersenyum dari semalam. Tahniah Abang Besar.


TERSENYUM RIANG


1 comment:

Anonymous said...

Saudara/Saudari Sebanaku2u.
Kami dari parti tertentu cuma risau Abang Besar mengangis dalam diam. Sebab kami diberitahu Abang Besar disuruh bersara bersama sama dengan rakan yang lain oleh Pehin Sri.