Salam semua. Di sini ingin Sebanaku2u ucapkan terima kasih kepada semua pembaca blog Sebanaku2u. Sebenarnya tujuan blog ini dibuat bukan untuk melawan blog sesiapa atau mengaibkan orang orang tertentu. Sebanaku2u tidak terfikir dalam sekelip mata jumlah pengunjung blog Sebanaku2u meningkat dalam sekelip mata sahaja.Adakah Sebanaku2u blog Pro Kerajaan ataupun Pro Pembangkang. Namun para pembaca boleh menilai sendiri blog Sebanaku2u dan juga Sebanaku Sarawak. Lagipun harus diingat blog yang dihina dan dimaki malah dikritik adalah blog yang baik. Namun segala komen para YB, Menteri, Pembangkang dan terutama sekali para pembaca dan peminat blog, TERIMA KASIH TERAMAT SANGAT Sebanaku2u UCAPKAN.
Tidak terlepas juga kritikan Sebanaku2u anak didikan SebanakuSarawak. Namun kali ini Sebanaku2u akan jelaskan sebab mengapa Sebanaku2u muncul di tika Pilihanraya hampir tiba. Sejak Tusnami Politik 2008 , blog dan juga blogger tumbuh bagai cendawan. Namun blog Sebanaku2u menjanjikan kelainan kepada para peminat blog. Tapi di sini ingin Sebanaku2u tekankan bahawa blog Sebanaku2u adalah blog Pro Kerajaan atau Barisan Nasional. Bukan blog kepunyaan Pehin Sri tetapi blog Pro Barisan Nasional.(Apa maksudnya? akan terungkai nanti) Blog Sebanaku2u adalah penentang para pembangakang namun sekali sekala akan menyimpang sikit untuk mengejutkan para YB dan juga Menteri. Bukan apa YB, rasanya kami sebagai RAKYAT mempunyai hak untuk menegur. Lagipun kamilah yang berpeluh berbaris sewaktu mengundi hanya ditemani payung dan juga sebotol mineral. Kami juga yang berteriak sana sini sewaktu berkempen. Sebanaku2u bukan lah seperti Sebanaku Sarawak yang di taja oleh anak kenamaan yang kononnya ingin EXPOSE THE TRUTH tapi menjahanamkan ahli PBB khususnya. YB, Sebanaku2u takde orang yang sign cek bila cukup bulan atau bila artikel naik dalam blog. Harap YB Faham. Nak melawan Sebanaku Sarawak tu masih jauh lagi.
![]() |
Blog yang Penuh kontrovesi. Beberapa nama dikaitkan namun bukti ada pada....? |
No comments:
Post a Comment