Friday 11 March 2011

Majlis Kesyukuran & Perjumpaan Pemuda PBB

Sebanaku2u baru sahaja mendapat satu BERITA GUMBIRA. Ingatkan tadi nak cari info pasal perjumpaan PKR di Batu Kawa hari ini. Lagipun cerita perjumpaan PKR nie kurang menarik. Seperti biasa hanya ahli ahli kuat saja yang hadir menyambut Anwar. Yang lain menumpang makan dan mana tau ada budget akan diumumkan oleh Anwar. Tapi yang pasti Anwar ada melaungkan ...KITA BALUN SARAWAK di dalam Konveksyen PKR di Batu Kawa pagi tadi. Laungan tersebut disambut oleh 400 peserta yang hadir pagi tadi.

Berita di bawah akan menghancurkan niat Parti Pakatan Rakyat

Berbalik pada BERITA GUMBIRA. Kali ini giliran Sebanaku2u mengucapkan BRAVO kepada YB FADILLAH.  Kebelakangan ini kita dari Barisan Nasional dijamukan dengan gossip dan juga juadah cerita kononnya semua pemuda di dalam PBB Sarawak tengah bertelagah. Ini Semua adalah angkara yang ingin mendapat nama dan kedudukan (Sebanaku2u takda ok)Terdapat beberapa pihak yang masih ada semangat perjuangan PBB telah tampil ke hadapan untuk meleraikan keadaan. Syukur alhamdulillah segala perjuangan tidak sia sia. Niat untuk melihat PBB berpecah kepada dua kumpulan bagaikan mimpi di siang hari. Menurut SUMBER yang boleh dipercayai, pertelingakahan kononya dari dua kumpulan di dalam Pemuda PBB adalah dongeng semata mata. Semuanya adalah fitnah semata mata.

Buktinya kontrovesi Saudara Wan Hamzah kita berucap menggantikan YB Fadillah (Abg KP) di BN Konveksyen di BCCK 2 minggu lepas hanya hangat beberapa hari sahaja. Dalam sekelip mata kontrovesi ini terus lenyap kerna semuanya hanyalah agenda beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab dari pihak pembangkang. Menurut sumber lagi YB Fadillah telah nekad untuk membuktikan bahawa JIWA Beliau masih lagi untuk PBB Sarawak dan PEMUDA yang selama ini BERDIRI di belakang beliau. Beliau juga berpesan kepada semua PEMUDA PBB, MUSUH KITA DI LUAR SANA. MASA UNTUK KITA MENGHANCURKAN PIHAK PEMBANGKANG!!! Beliau memohon agar semua PEMUDA BERSATU HATI dan terus menyokong BARISAN NASIONAL dan PEMUDA PBB. ISU MENGENAI 2 PERJUMPAAN (DOMANI HOTEL & RESTORAN 7 ON 7) YANG MENGATAKAN PEMUDA BERPECAH KEPADA DUA KUMPULAN SEBELUM INI ADALAH HANYA GOSSIP LIAR. Dua majlis perjumpan itu hanyalah secara KEBETULAN SAHAJA.

Bagi membuktikan segala kontrovesi yang dikaitkan dengan beliau dan juga Aziz Adenan adalah agenda jahat pihak pembangkang, beliau mengatakan satu perjumpaan dan juga MAJLIS KESYUKURAN akan diadakan dengan semua PEMUDA sebelum PILIHANRAYA yang akan datang. Apabila Sebanaku2u mendengar berita ini bagaikan mahu terus keluar berkempen. Rasa sudah masanya Kita semua bersatu hati seperti yang di pinta oleh Abang KP kita. Tak sabar rasanya menunggu tarikh dan tempat yang akan diumumkan oleh Fadillah tak lama lagi unutk Majlis Kesyukuran tersebut. Ini adalah peluang kita menunjukkan kepada semua yang PEMUDA PBB masih bersama dah masih KUKUH tidak seperti yang di jaja oleh pihak pembangkang.

Semoga sewaktu majlis tersebut segala kontrovesi akan terjawab dan kita dapat buktikan perpecahan dua kumpulan dalam Pemuda PBB adalah mimpi di siang hari pihak pembangkang. HIDUP PEMUDA PBB!!!!! Dengar khabar TOP LEVEL senyum mendengar berita ini. Ini lah masanya kita menunjukkan kepada TOP LEVEL yang kita semua masih bersatu dan bukannya seperti yang sengaja dikontrovesikan oleh pihak pembangkang.










1 comment:

Anonymous said...

Menurut sumber lagi YB Fadillah telah nekad untuk membuktikan bahawa JIWA Beliau masih lagi untuk PBB Sarawak dan PEMUDA yang selama ini BERDIRI di belakang beliau- ditulis oleh Sebanaku2u

Yb Fadillah tidak perlu membuktikan bahawa jiwa beliau masih lagi PBB, sebab memang dia adalah hak milik PBB!!!!

Sebanaku2u belajar 'journalism' dolok sik boh nak over reacting gilak!!